Tuesday, January 17, 2012

Petua : Menghaluskan kulit badan

Petua 1 : 
Buah keras ditumbuk dan dicampur bersama minyak zaitun dan digosok ke badan. Insyaallah kulit akan menjadi halus dan dapat membuangkan daki-daki dibadan (skrub)

Petua 2 : 

Kisarkan dua biji kelapa dan tuangkan ke dalam bekas mandi. Berendamlah di dalamnya selama 15 minit. Gosokkan badan anda dengan santan dan hampas kelapa itu. Amalkan petua ini seminggu sekali untuk mendapatkan kulit tubuh yang halus.

Petua : Menegang dan haluskan kulit muka

Menegangkan Kulit Muka
Petua 1 : Ambil tepung ubi kayu dan timun.Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.
Petua 2 : Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhlah bersama sedikit air dan sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.

Menghaluskan Kulit Muka
Petua 1 : Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.
Petua 2 : Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas.
Petua 3 : Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih

Petua : Menegangkan Payudara

Petua 1 : 
Wanita yang sudah bersalin akan mengalami masalah buah dada menjadi kendur tidak bermaya seperti dahulu. Dapatkan beberapa helai daun sirih Melayu , ianya berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan ia kering dan dibuat berulang kali. Menurut orang tua yang memberikan petua ini , petua ini dipanggil 'Petua Sayang Suami'. Semoga kebahagiaan rumahtangga puan-puan akan bertambah seri lagi dengan kehadiran cahaya mata dan tubuh badan yang menawan. Bersama-samalah kita amalkan.

Petua 2 : 

Kupas setengah biji labu dan masak sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut tika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh payudara lebih kurang 20 minit. Lakukan 2 kali seminggu.

Petua 3: 

Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Buat 3 kali seminggu.

Petua 4 : 

Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

Petua Melunakkan Suara

Petua 1 :
Petua ini sering diamalkan oleh penyanyi tradisional lama serta qari dan qariah. Caranya ambil sebiji limau nipis dan perah ke dalam gelas berisi air suam. Air limau itu perlu dicampur dengan sedikit gula batu, kemudian minumlah ia sebagai minuman biasa. Sebaik-baiknya minum air itu sebelum gosok gigi di sebelah pagi. Selain itu utk menjaga suara, jgn minum air batu atau air bergas tetapi amalkan minum air suam atau air masak sahaja.

Petua 2 :
Sediakan secawan air pada waktu malam, biarkan semalaman. Apabila bangun pagi minum air tersebut sebelum membasuh muka atau gosok gigi dahulu.

Tips cinta suami isteri

ni adalah beberapa tips yang hendak saya berkongsi bersama rakan2 semua, mungkin ada yg telah membacanya..Tips cinta suami isteri

* Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja asing-masing.

* Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

* Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

* Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

* Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

* Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

* Laungkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

* Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

* Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.

* Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

* Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

* Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

* Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

* Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

* Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras \ menyara keluarga.

* Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

* Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

* Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

* Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu. kalau ada tips2 yang lain boleh kita berkongsi lagi

Tips teman perempuan shopping

1. Niatkan untuk menghiburkan dia semasa shopping. Jika terhibur, barang yang dia akan beli lebih "masak" proses dia membuat keputusan. Jika niat ini benar2 dari hati kita, ia terpancar ke muka kita walau pun ada seketika timbul perasaan menyampah tetapi kuasa niat tadi mampu untuk melenyapkan muka bosan sepanjang sesi shopping ini bahawa "sebagai suami, aku ingin menghiburkannya kerana Allah Taala".

2. Kosongkan aktiviti kita pada hari itu melainkan semata-mata untuk bersamanya. Jangan ada sekali-kali temu janji dgn sesiapa selepas shopping. Kerana waktu "kecederaan" yang diambil untuk isteri ini biasanya 20-50% dari yang di janjikan. Yang dibimbangkan org yang dijanji telah menunggu tetapi isteri masih beratur berbaris di kaunter bayaran..Akhirnya kemanisan yang dikecapi selama 4 jam tadi tercemar dengan kelewatan isteri 4 minit.

3. Alangkah romantisnya kalau suami tidak membawa handsetnya bersama. Terhindar dari gangguan.

4. Semasa berkereta atas dalam perjalanan ke kompleks membeli belah.. eloklah tanyakan kepada isteri... apa barang yang ingin di beli, apa kritiria, apa jenis, apa alternatif yang bolehditerima jika kehendak pertama tidak di temui..(jangan terkejut dia akan keluar berjela senarai perbandingan harga bagi satu jenis barnag yang sama termasuk di England sekali).. Ini akan menyebabkan isteri itu lebih bersedia dan lebih melonjak keseronokannya.

5. Tiba di kedai tu.. buat-buatlah sibuk tunduk bongkok mencari barang yang dia cari. Jangan berdiri tercegat di pintu kedai atau tinggalkan dia sendirian sambil kita pula merayau kedai lain.

6. Kalau dia meminta "second opinion" dengan kata-katanya, "Pelek tak abg kain ini untuk sy"... ? berilah pandangan dengan kata-kata, "Pandangan abang... .." Jangan terus kata, "OK".. Lawa.. kemudian senyap.

7. Kalau dia minta pandangan mengenai sesuatu barang yang dia nak beli, jangan terus membelek tanda harga. Ini akn mengecewakannya. Berilah dulu pandangan kita dari sudut nilai astetiknya. sebab faktor harga adalah penilaian terakhir bagi mereka.

8. Mata tu jagn terlampau sgt menjeling wanita2 lain yang sedang shopping. Dia nampak tau. Tapi kita dibolehkan mengusik jurujual wanita itu dgn alasan untuk membantunya mendapatkan barangan kehendaknya.

9. Bila tiba dirumah, tolonglah dia sekejap membuka barangn yang telah di beli tadi. Pasti dia akan mencuba sekali lagi. Pujilah dia kerana bijak memilih barangan itu.

10.PERHATIAN: sebelum isteri kita mencuba pakaian luar atau dalam di tempat mencuba pakaian yang terdapat di kedai-kedai itu, kita hendaklah masuk dahulu dan periksa semua bahagian di bilik kecik itu agar bebas dari WIRELESS CAMERA. Kita bimbang ada orang merakam dan menyebar ke dalam internet. Malu dia dan kita.

Petua melayu lama

Dalam masyarakat tradisi Melayu,terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.

Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.

1. Bangkit Bersambut

Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

2. Wajah Suci

Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari
mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka
dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika
mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara

Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau
air paipke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur
dan segar,tidak mudah jatuh

4. Taman Semerbak Mewangi

Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa.Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

5. Lubang Jarum

Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu

Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.


7. Mengurut Pangkal Bunting Padi

Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis.Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa = apabila jima?setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok

Elakkan dari rneniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam,kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.

Sunday, January 15, 2012

Solat dapat membentuk akhlak


Ibu bapa perlu tekankan ibadat wajib untuk banteras gejala sosial

ANAK ialah aset ibu bapa yang sangat bernilai. Mereka diibaratkan permata berharga dianugerahkan Allah SWT. Anak juga menjadi faktor pendorong bagi ibu bapa untuk masuk ke syurga.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan anak salih yang mendoakan untuknya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Anak juga ujian dan mendidik mereka menjadi tanda pengabdian kita kepada Allah SWT seperti firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah SWT dan Rasul-Nya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui. Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak kamu adalah ujian (bagi kamu), dan sesungguhnya Allah SWT di sisi-Nya pahala besar.” (Surah al-Anfal, ayat 27-28) Justeru, ibu bapa perlu memainkan peranan penting memastikan anak dididik dengan ajaran Islam lebih-lebih lagi pada zaman penuh dengan cabaran. Ibu bapa perlu melaksanakan amanah sebaiknya, walaupun sukar melaksanakan proses mendidik anak patuh dan tunduk kepada Allah SWT.

Oleh itu, ibu bapa perlu menyiapkan bekalan ilmu agama yang secukupnya kepada anak. Mereka perlu sedar semua yang dilakukan itu dikira ibadat dan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Menuntut ilmu (agama) adalah fardu ke atas setiap orang Islam.” (Hadis riwayat Imam al-Baihaqi dan at-Thabrani)

Kita melihat ramai ibu bapa hari ini mengabaikan pengajian ilmu agama kepada anak. Mereka sanggup menghabiskan wang bagi memastikan anak cemerlang dalam akademik yang bersifat duniawi tetapi tidak risau anak jahil ilmu ukhrawi.

Mereka menyangka ilmu dunia yang membantu anak untuk hidup di dunia ini sedangkan ilmu agama yang sebenarnya memandu kehidupan anak di dunia mahupun di akhirat. Ilmu agama yang membimbing anak mempelajari ilmu dunia serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Akibat kecuaian ibu bapa, tidak hairanlah jika kita lihat hari ini ramai anak orang Islam semakin liar, tidak menutup aurat dan mudah terjebak dalam maksiat serta kemungkaran lantas menggembirakan musuh Islam kerana umat Islam semakin lemah dan lalai akibat kebejatan sosial semakin parah.

Sememangnya itu yang diimpikan musuh seperti firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju kepadamu (Muhammad) sebelum engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah SWT itu petunjuk yang benar. Jika engkau mengikuti keinginan mereka sesudah datangnya pengetahuan kepadamu (mengenai kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah SWT (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 120)

Selain itu, ibu bapa juga perlu memastikan anak sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadat wajib yang lain. Rasulullah SAW berpesan kepada kita supaya mengambil berat perihal solat anak.

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Suruhlah anak kamu mengerjakan solat apabila dia berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika enggan mengerjakan solat, sedangkan mereka telah berumur 10 tahun.” (Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim)

Di samping mendidik anak sentiasa ingat kepada Allah SWT, solat menjadi benteng daripada keruntuhan akhlak dan gejala sosial. Ini melihat kepada kekuatan yang ada pada solat dalam mencegah manusia melakukan dosa dan kemungkaran.

Adalah mustahil jika kita hendak mengekori anak ke mana saja mereka pergi tetapi jika kita berjaya mendidik anak, yakinlah bahawa sekalipun tanpa kehadiran kita, mereka akan tetap istiqamah dengan kebaikan kerana solat mencegah daripada melakukan kejahatan serta maksiat.

Kesimpulannya, ibu bapa memainkan peranan penting mendidik anak yang diibarat kain putih dan ibu bapa bertanggungjawab mencorakkannya berpaksikan ajaran agama.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, kedua-dua orang tuanya yang menjadikannya sebagai Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, setiap ibu bapa perlu sedar peranan dan tanggungjawab supaya generasi muda masa kini sentiasa hidup dalam keadaan tunduk dan patuh kepada pencipta-Nya, serta tidak melanggar syariat ditetapkan untuk melahirkan masyarakat Muslim seterusnya terbina negara yang mendapat keredaan dan perlindungan Allah SWT.

Titanic moden karam !





BOT penyelamat menghampiri Costa Concordia yang tenggelam 
tidak jauh dari pantai pulau Giglio, Itali, semalam.



Sebuah kapal persiaran mewah karam di persisiran Tuscany, menyebabkan sekurang-kurangnya lapan maut dan memaksa 4,165 penumpang dipindahkan dengan bot penyelamat ke pulau berhampiran semalam, kata pengawal pantai Rome, Itali.

Kira-kira 69 orang masih hilang selepas helikopter dikerah mengangkut 50 mangsa yang terperangkap di atas kapal Costa Concordia ke tempat selamat, kata Komander Pengawal Pantai, Francesco Paolillo.

Paolillo berkata, tidak dapat dipastikan mangsa yang terbunuh adalah penumpang atau kru, begitu juga kerakyatan mangsa. Punca mereka maut masih belum diketahui.

Agensi berita ANSA, melaporkan beberapa orang melompat keluar untuk menyelamatkan diri daripada kapal yang baru memulakan pelayaran itu.

Mangsa yang terselamat ditempatkan di sekolah, hotel dan gereja di pulau Giglio, tempat percutian popular terletak kira-kira 25 kilometer ke pantai barat tengah Itali.

ANSA memetik dua wartawan Itali yang kebetulan antara penumpang sebagai berkata kemalangan berlaku ketika waktu makan malam.

“Kami sedang menikmati hidangan makan malam apabila lampu tiba-tiba terpadam, dan kemudian kami mendengar bunyi dentuman kuat dan makanan bertaburan di atas lantai,” ANSA memetik wartawan Luciano Castro, sebagai berkata.

“Kejadian berkenaan seperti adegan filem Titanic, semuanya terjadi dalam sekelip mata,” kata seorang lagi wartawan, Mara Parmegiani, kepada ANSA.

Paolillo berkata, punca utama kemalangan masih tidak diketahui tetapi penggera pertama berbunyi pada jam 10.30 malam, kira-kira tiga jam selepas Concordia memulakan pelayaran dari pelabuhan Civitavecchia, ke pelabuhan pertama, Savona, di barat laut Itali.

Pegawai pengawal pantai berkata, kapal berkenaan melanggar halangan, tidak diketahui jika ia mungkin melanggar batu karang di perairan Giglio, menyebabkan garisan sepanjang 50 meter di bahagian kiri kapal itu, dan mula dimasuki air.

Kapten kapal itu kemudian cuba mengemudikannya ke perairan cetek, berhampiran pelabuhan kecil Giglio, bagi menjadikan usaha memindahkan penumpang dengan bot penyelamat lebih mudah.

Namun, kapal berkenaan mula condong ke bahagian kanan, menjadikan usaha mendekatkan bot penyelamat semakin sukar.

Lima helikopter, dari pengawal pantai, tentera laut dan udara, mengambil giliran mengangkut mangsa yang masih berada di dalam kapal itu ke tempat selamat. Seorang anggota pengawal pantai diangkut ke kapal untuk membantu penumpang memasuki bakul kecil untuk memudahkan mereka dinaikkan ke helikopter, kata seorang pegawai pengawal pantai, Kapten Cosimo Nicastro.

Kenyataan Costa Cruises, syarikat yang mengendalikan kapal itu, mengesahkan pemindahan 3,200 penumpang dan 1,000 sudah bermula tetapi kedudukan kapal, yang semakin teruk, menjadikan bahagian terakhir pemindahan kian sukar.

Kenyataan tidak menyebut sebarang kematian dan berkata ia masih belum menentukan punca masalah. Kira-kira 1,000 penumpang Itali berada dalam kapal terbabit ketika kejadian, selain 500 warga Jerman, 160 Perancis dan 1,000 kru kapal. – AP


Coli tepat hidup sihat


Mungkin tidak ramai wanita mengetahui fakta ini, lebih 80 peratus daripada kalangan mereka di seluruh dunia tersilap saiz pakaian dalam khususnya bra atau coli.

Akibatnya, wanita terbabit menghadapi masalah sakit punggung atau tulang belakang dalam jangka panjang dan apabila dibiarkan berlarutan padahnya mungkin bertambah kronik. 

Dr Magiliene Rosalina berkata, seorang chiropraksi (ahli terapi penyakit tulang belakang), menggunakan bra yang kurang tepat atau tidak sesuai menyebabkan kerosakan kekal terhadap payudara.

“Bila bra terlalu ketat, payudara anda akan ditekan sehingga menghalang peredaran darah dan itu boleh menyebabkan kegatalan kepada penggunanya.

“Namun, apabila terlalu longgar pula, payudara anda akan kendur kerana tiada sokongan secukupnya, justeru penting untuk menggunakan bra yang tepat setiap hari,” katanya ketika rancangan bual bicara ‘The Right Support - Sorella’.

Rosalina mendedahkan, antara 70 hingga 80 peratus wanita di dunia menggunakan ukuran bra yang salah.

Malah, tujuh daripada 10 wanita di Indonesia tidak sedar pentingnya kesihatan dengan menjaga payudara.
Menurut alumni fakulti kedoktoran umum Universiti Trisakti itu, payudara boleh berubah ukuran pada masa tertentu dan bra tidak sesuai dengan bentuk payudara akan membuatkannya tidak selesa dan memberi kesan jangka panjang yang cukup buruk.

“Kes penyakit berkaitan bra gagal dikesan secara langsung. Biasanya doktor mengenal pasti ketika pesakit mengadu sakit punggung, dan apabila diperiksa ternyata ia akibat salah ukuran coli,” katanya.

Pengurus Pemasaran Sorella, Lucia Niken, berkata kempen ‘Right Support’ diadakan bagi membantu wanita Indonesia memilih bra yang tepat serta sesuai dengan payudara masing-masing ke arah membantu mereka menjalani cara hidup sihat.

“Dengan kempen ini, Sorella mengajak wanita Indonesia tahu bahawa ukuran payudara yang sebenar dapat membantu memberikan sokongan setiap saat,” katanya ketika promosi kempen berkenaan. – Agensi

Sumber : Berita Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...